Posts

Showing posts from May, 2017

Jadual Road 2 RBC Ditangguh

Image
30 Mei 2017. 09.30 am. Selamat pagi. Sedih wei. Hari ni aku baru tahu jadual "Road 2 RBC" ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum pasti lagi. Aku tahu pun dari perkongsian kawan aku, Helmi yang dah lepas sesi ujibakat "Road 2 RBC - Raub, Pahang" . Dia screenshot dari FB Page : Pertandingan RBC Terkilan jugak la sebab semangat dah berkobar-kobar kan. Dah la tiket dah beli. Dah siap-siap semua. Huhu. Ikut cakap kawan aku ni, "Road 2 RBC" akan start balik bulan Julai ni. Selepas raya. Maybe diorang stop sekejap sebab sekarang bulan puasa kan. Masih Bersemangat? In Sha Allah. Aku masih bersemangat lagi nak join  RBC ni. Betulkan niat balik. Kalau dapat, alhamdulillah. Kalau tak terpilih, sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman. Tak gitu? Ok la, gais. Ni aku nak try pi kaunter tiket bas semalam kot boleh  let go  tiket aku ni. Kipidap. Dongibab. Muhammad 'Akhashah bin Mazlam #road2rbc2017 #ceodesa2017 #rbcch

Presentation Depan Pegawai Mara Daerah Setiu

Image
29 Mei 2017. 05.30 pm. Salam. Hari ini aku sempat berjumpa dan present depan En Harul Anuar bin Mahamad Mansor, Pegawai Mara Daerah Setiu. Untuk makluman, kelmarin aku ada singgah di Pejabat Mara Daerah Setiu untuk set appointment dengan beliau. Kebetulan beliau ada di pejabat. Beliau merupakan anak Selangor. Seorang yang peramah dan berdedikasi. Dah ramai usahawan berjaya di Setiu dibantu oleh beliau. So, pagi ni jam 9 pagi aku ke Pejabat Mara Daerah Setiu untuk present power point yang aku dah siapkan. Untuk beliau check jika ada apa yang perlu dibetulkan dan ditambah baik. Banyak perkongsian yang aku dapat dari beliau, yang juga merupakan salah seorang panel bagi RBC daerah Setiu. Aku pun baru tahu ni. Hasilnya. Ini antara info yang aku dapat. Di daerah Setiu sudah ada 3 orang pemenang RBC yang lepas. Semua yang menang lepas-lepas company dan kilang-kilang yang dah besar. Antaranya pengusaha kilang kordial Roselle, kilang pembuat fiber dan kilang keropok. Antara

Persediaan Presentation Power Point

Image
28 Mei 2017. 11.30 pm. Untuk ujibakat  'Road 2 RBC'  nanti, aku cadangkan untuk siapkan presentation dalam bentuk  ' Power Point' . Supaya senang nak present . Sebagai guide  ketika nak present nanti. Tips untuk sediakan power point yang baik adalah: i)   Pilih Theme . (pastikan background warna cerah, jangan gelap) ii)  Buat Point . (dah nama pun  'power point'  kan.. xperlu tulis panjang2) iii) Study . (ni paling penting, supaya mudah nak present nanti) Untuk powerpoint aku, aku pilih background warna putih. Point aku cuba ringkaskan seringkas mungkin supaya mudah juri nak faham dan tak nampak serabut dengan tulisan. Aku cuba perbanyakkan gambar, logo dan ikon supaya takde la bosan sangat power point tu. Last, aku letak  trademark  pada bahagian kanan bawah tanda memang power point tu memang aku yang buat. Bukan ciplak, oke. Screenshot. Ni antara screenshot power point yang aku siapkan untuk hari ni. Cover. Agenda. Keterang

Study Business Model Canvas (BMC)

Image
27 Mei 2017. 11:01 pm. BMC. Serius. Aku tak pandai nak buat BMC ni. Memang tak pernah buat pun. Agak rumit dan mengelirukan jugak mula-mula tengok table BMC ni. Sebab kadang-kadang keliru dengan tajuk yang tertera pada jadual tersebut. So, aku decide untuk study bab BMC ni. Memang tak sempat nak pergi kelas la sebab duk kejar dateline untuk ujibakat Road 2 RBC ni kan. Google. Je la.. Tips guna google. Pastikan: a) Sumber   tersebut boleh dipercayai. b)Kaji lebih dari 10 source link yang ada. c) Bacaan dari  website yang diyakini sahaja. Contoh BMC: Apa itu BMC? Business Model Canvas   adalah satu canvas yang digunakan untuk menguji kekukuhan idea bisnes yang bakal dan sedang kita gunakan .  Ia sangat berguna bagi mengurus risiko semenjak projek bisnes kita masih dalam Fasa Idea  lagi . BMC adalah ilmu asas perniagaan yang wajib diketahui dan digunapakai bagi mereka yang : a) Mahu memulakan bisnes b) Menambahbaik / me

Perancangan dan Pembangunan Idea

Image
26 Mei 2017. 09:48 pm. Idea. Susah nak cari idea time saat-saat akhir camni. Tapi, demi nak sahut cabaran diri sendiri tekad jugak. Yang utama dalam RBC ni, kena fikir idea bagaimana untuk membangunkan ekonomi penduduk luar bandar. Untuk memudahkan pembangunan idea, aku cuba buat kajian mengenai penduduk setempat di daerah Setiu. Antara data-data yang aku kumpul dan kaji adalah: a) Sejarah Daerah Setiu b) Jumlah Penduduk Daerah Setiu c) Industri Utama Daerah Setiu Dari sudut mata aku, memang daerah Setiu agak ketinggalan berbanding daerah lain di negeri Terengganu ini. Mungkin kerana faktor jumlah penduduk yang tidak begitu ramai dan ekonomi serta taraf hidup penduduk setempat menyumbang kepada kurangnya pembangunan di daerah Setiu ini. Masalah. Aku berpegang pada prinsip 'Perniagaan Wujud Kerana Ada Masalah & Keperluan'. Tak percaya? Contohnya.. 'Tayar motor bocor..'  itu adalah satu masalah. Sebab itu wujud bengkel motor. 'Perut lapar l

CEO Desa / Rural Business Challange (RBC) 2017

Image
25 Mei 2017. 10:32 pm. Hari ni aku join program "Jaringan Usahawan Daerah Setiu 2017" anjuran oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bertempat di University College Bestari (UCB), Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Banyak input yang aku dapat hari ni, antaranya pertandingan Rural Business Challange (RBC) . Sebelum ni aku dah pernah dengar tentang RBC ni, tapi tak terlintas langsung nak join RBC ni sebab mulanya aku ingat RBC ni fokus kepada perniagaan berkaitan pertanian, pelancongan, kraf tangan dan lain-lain sebab perniagaan ni sinonim dengan luar bandar. Rupa-rupanya tanggapan ku silap.. Cik Puan Zuhrah merupakan pemenang harapan RBC 2016 mengusahakan spa di kampung nya di Kemaman, Terengganu. Beliau banyak berkongsi pengalaman bagaimana beliau berjaya memenangi geran sebanyak RM 100,000 . Geran tau. Bukan pinjaman, ok! Maksudnya tak perlu bayar balik. Pemenang Utama RBC tahun 2017 bakal memenangi RM 1 Juta . Banyak tu.. Ada dua kategori, ya