Study Business Model Canvas (BMC)

27 Mei 2017.
11:01 pm.

BMC.



Serius. Aku tak pandai nak buat BMC ni. Memang tak pernah buat pun. Agak rumit dan mengelirukan jugak mula-mula tengok table BMC ni. Sebab kadang-kadang keliru dengan tajuk yang tertera pada jadual tersebut.

So, aku decide untuk study bab BMC ni. Memang tak sempat nak pergi kelas la sebab duk kejar dateline untuk ujibakat Road 2 RBC ni kan.


Google. Je la..


Tips guna google. Pastikan:

a) Sumber tersebut boleh dipercayai.
b)Kaji lebih dari 10 source link yang ada.
c) Bacaan dari website yang diyakini sahaja.


Contoh BMC:




Apa itu BMC?

Business Model Canvas adalah satu canvas yang digunakan untuk menguji kekukuhan idea bisnes yang bakal dan sedang kita gunakanIa sangat berguna bagi mengurus risiko semenjak projek bisnes kita masih dalam Fasa Idea lagi.

BMC adalah ilmu asas perniagaan yang wajib diketahui dan digunapakai bagi mereka yang :
a) Mahu memulakan bisnes
b) Menambahbaik / memulihkan bisnes
c) Meluaskan empayar bisnes

Terdapat 9 faktor dalam BMC :

1. Key Partners (Rakan Utama)
2. Key Activities (Aktiviti Utama)
3. Key Resources (Sumber Utama)
4. Value Propositions (Tawaran Nilai)
5. Customer Relationships (Perhubungan Pelanggan)
6. Channels (Saluran)
7. Customer Segments (Segmen Pelanggan)
8. Cost Structure (Struktur Kos)
9. Revenue Streams (Aliran Pendapatan)


Sebenarnya, banyak lagi bacaan sumber yang korang boleh dapat dari Google. Cuma di atas ini adalah ringkasan yang aku buat untuk memudahkan pemahaman korang.


BMC Versi Aku.

Aku cuba buat BMC dalam bentuk yang ceria. Biasa BMC ni orang masukkan tulisan. So, yang ni BMC versi aku. Aku letak logo dan ikon yang ringkas. 

Edit guna photoshop. Tak reti? Google jela. Aku pun belajar edit photoshop dari Google & Youtube jer. Sifu terbaik kot. Hahaha.

Nah. Korang layan la BMC versi aku ni. Kalau paham, boleh save pic ni. Kalau tak paham pun boleh save jugak. Kasi paham. Kah. 



Ok la.
Mata dah penat.

Selamat malam.


Muhammad 'Akhashah bin Mazlam

#road2rbc2017
#ceodesa2017
#rbcchallange2017

Comments

Popular posts from this blog

Perancangan dan Pembangunan Idea

CEO Desa / Rural Business Challange (RBC) 2017