Presentation Depan Pegawai Mara Daerah Setiu

29 Mei 2017.
05.30 pm.

Salam.

Hari ini aku sempat berjumpa dan present depan En Harul Anuar bin Mahamad Mansor, Pegawai Mara Daerah Setiu.

Untuk makluman, kelmarin aku ada singgah di Pejabat Mara Daerah Setiu untuk set appointment dengan beliau. Kebetulan beliau ada di pejabat. Beliau merupakan anak Selangor. Seorang yang peramah dan berdedikasi. Dah ramai usahawan berjaya di Setiu dibantu oleh beliau.

So, pagi ni jam 9 pagi aku ke Pejabat Mara Daerah Setiu untuk present power point yang aku dah siapkan. Untuk beliau check jika ada apa yang perlu dibetulkan dan ditambah baik.

Banyak perkongsian yang aku dapat dari beliau, yang juga merupakan salah seorang panel bagi RBC daerah Setiu. Aku pun baru tahu ni.


Hasilnya.

Ini antara info yang aku dapat.

Di daerah Setiu sudah ada 3 orang pemenang RBC yang lepas. Semua yang menang lepas-lepas company dan kilang-kilang yang dah besar. Antaranya pengusaha kilang kordial Roselle, kilang pembuat fiber dan kilang keropok.

Antara pesanan En Harul, kena bersedia dengan segala soalan yang akan diaju oleh juri. Kalau boleh time present tu dah jawab dah semua apa yang dorang nak tanya tu.

Yang kedua, persiapan tempat. Yang ni aku berdebar sikit. Bukan setakat kilang, sewa kedai pun aku tak. Aku buat bisnes dengan menyewa rumah sewa jer. Sebab fokus on online.

Sebenarnya sebelum aku dah ada pengalaman sewa kedai di Setiu. Bertahan 2 tahun je. Lepas tu, tutup. Sebabnya, kuasa beli daerah ini masih rendah. Mungkin kerana faktor jumlah penduduk yang tak berapa ramai berbanding daerah lain.

En Harul juga ada mencadangkan supaya memasukkan beberapa input lain dalam presentation. Antaranya:

1. Sasaran pelanggan
2. Sasaran pasaran
3. Sasaran jualan

Sebelum aku balik. Sempat lagi selfie dengan En Harul. Nasib sporting kan.





Tiket.

Selepas keluar dari pejabat MARA daerah Setiu. Aku terus beli tiket bas. Untuk ke "Road 2 RBC - Alor Setar" pada 04 Jun ini.

Aku beli 2 tiket. 1 untuk aku. 1 lagi untuk pekerja sambilan yang aku nak bawak tu.

Doakan aku.
Semoga dipermudahkan.


Amin.


Muhammad 'Akhashah bin Mazlam

#road2rbc2017
#ceodesa2017
#rbcchallange2017

Comments

Popular posts from this blog

Study Business Model Canvas (BMC)

Perancangan dan Pembangunan Idea

CEO Desa / Rural Business Challange (RBC) 2017