Perancangan dan Pembangunan Idea

26 Mei 2017.
09:48 pm.

Idea.


Susah nak cari idea time saat-saat akhir camni. Tapi, demi nak sahut cabaran diri sendiri tekad jugak. Yang utama dalam RBC ni, kena fikir idea bagaimana untuk membangunkan ekonomi penduduk luar bandar.

Untuk memudahkan pembangunan idea, aku cuba buat kajian mengenai penduduk setempat di daerah Setiu. Antara data-data yang aku kumpul dan kaji adalah:

a) Sejarah Daerah Setiu
b) Jumlah Penduduk Daerah Setiu
c) Industri Utama Daerah Setiu

Dari sudut mata aku, memang daerah Setiu agak ketinggalan berbanding daerah lain di negeri Terengganu ini. Mungkin kerana faktor jumlah penduduk yang tidak begitu ramai dan ekonomi serta taraf hidup penduduk setempat menyumbang kepada kurangnya pembangunan di daerah Setiu ini.


Masalah.


Aku berpegang pada prinsip 'Perniagaan Wujud Kerana Ada Masalah & Keperluan'. Tak percaya? Contohnya.. 'Tayar motor bocor..' itu adalah satu masalah. Sebab itu wujud bengkel motor. 'Perut lapar la pulak..' itu juga satu masalah. Sebab itu wujud kedai makan. 'Alamak! Minyak kereta dah nak habis!!' pun merupakan masalah. Kerana itu stesen minyak wujud.

Jadi, sekarang aku mesti memikirkan masalah yang ada dan cuba mewujudkan penyelesaiannya.

Ni adalah list masalah dan penyelesaian yang dapat aku senaraikan dengan menyesuaikan kemahiran aku, iaitu dalam bidang dan kepakaran IT.

Masalah
Belia menganggur / berpendapatan rendah
Usahawan luar bandar yang tidak berkemahiran IT
Kekosongan lot-lot kedai  Arked Mara daerah Setiu

Penyelesaian
Peluang pekerjaan tetap & sambilan
Kelas dan perkhidmatan pengiklanan atas talian (online)
Penyewaan dan pembangunan Arked Mara daerah Setiu ini.


Perancangan.


Untuk memudahkan aku merancang, aku perlu tulis. Prinsip untuk memudahkan impian tercapai, aku pegang "3 T". T yang pertama adalah Tulis. T yang kedua adalah Terancang. Manakala, T yang ketiga adalah Tindakan. Cuba amalkan, in shaa Allah berjaya.

Antara perancangan yang aku senaraikan adalah seperti berikut:

a) Membuat perancangan dan kajian dengan teliti.
b) Mengenalpasti agensi dan pihak yang terlibat.
c) Memohon sokongan dari agensi berkaitan.
d) Membuat persiapan dan persediaan awal.

Selain itu, tidak lupa untuk memohon pertolongan dari Allah swt. Jika ini yang terbaik untuk ku, moga dipermudahkan. Dan jika ia bukan untuk ku, aku terima dengan terbuka. Antara amalan yang aku cuba amalkan sempena bulan puasa yang akan start esok, adalah:

i.   Solat sunat dhuha
ii.  Surah al-Waqiah selepas subuh
iii. 1 juzuk 1 hari, sempena bulan Ramadhan
iv.  Berdoa dan beristighfar sebelum berbuka

Ok, setakat itu untuk hari ini.

Selamat Berpuasa.
Ramadhan Kareem.



Salam Ramadhan.

Muhammad 'Akhashah bin Mazlam

#road2rbc2017
#ceodesa2017
#rbcchallange2017

Comments

Popular posts from this blog

Study Business Model Canvas (BMC)

CEO Desa / Rural Business Challange (RBC) 2017