CEO Desa / Rural Business Challange (RBC) 2017

25 Mei 2017.
10:32 pm.



Hari ni aku join program "Jaringan Usahawan Daerah Setiu 2017" anjuran oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bertempat di University College Bestari (UCB), Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Banyak input yang aku dapat hari ni, antaranya pertandingan Rural Business Challange (RBC). Sebelum ni aku dah pernah dengar tentang RBC ni, tapi tak terlintas langsung nak join RBC ni sebab mulanya aku ingat RBC ni fokus kepada perniagaan berkaitan pertanian, pelancongan, kraf tangan dan lain-lain sebab perniagaan ni sinonim dengan luar bandar.


Rupa-rupanya tanggapan ku silap..

Cik Puan Zuhrah merupakan pemenang harapan RBC 2016 mengusahakan spa di kampung nya di Kemaman, Terengganu. Beliau banyak berkongsi pengalaman bagaimana beliau berjaya memenangi geran sebanyak RM 100,000. Geran tau. Bukan pinjaman, ok! Maksudnya tak perlu bayar balik.



Pemenang Utama RBC tahun 2017 bakal memenangi RM 1 Juta. Banyak tu.. Ada dua kategori, yang pertama adalah kategori 'Idea Perniagaan', hadiahnya berjumlah RM 10,000. Kategori kedua adalah 'Pengembangan Perniagaan', yang ni hadiah sehingga RM 1 Juta.

Kalau nak apply geran RBC ni still sempat lagi sebab tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2017. Boleh bukak website ni; www.ceodesa.my.

Sebenarnya, dah ada kawan aku share link website ni kat whatsapp. Tapi, aku buat tak endah jer. Sebab aku ingat bukan link RBC. Sebab link tu nama 'ceodesa' kan. Rupa-rupanya 'ceodesa' tu maksudnya 'CEO Desa'. Ingatkan apa benda 'ceodesa', sebab aku baca tanpa 'space'. Hahaha..


Balik dari program..

Aku fikir balik nak join or tak RBC ni. Aku cuba fikir idea bagaimana untuk mengembangkan perniagaan aku sekarang ni.

Perniagaan aku sekarang ni lebih fokus kepada online, iaitu menjual produk sendiri 'Starter Kit' baikpulih komputer. Dah hampir setahun aku menjalankan perniagaan ni dengan menggunakan platform facebook ads.



Terfikir nak join..

Aku cabar diri aku untuk join RBC 2017 kategori 'Pengembangan Perniagaan' dan bawa idea aku untuk mengembangkan lagi perniagaan ini ke tahap global. Sasaran aku nak tolong lebih ramai orang menjana pendapatan tambahan dengan idea aku ni.

So, aku try bukak website www.ceodesa.my dan baca details syarat-syaratnya. Rupa-rupanya ada sesi ujibakat semasa sesi "Road 2 RBC". Tarikh-tarikhnya adalah seperti berikut:

i) Road 2 RBC Pantai Timur (Karnival Minggu PKS, Raub, Pahang) – 20 Mei 2017
ii) Road 2 RBC Selatan dan Tengah (Stadium Hang Jebat, Melaka) – 21 Mei 2017
iii) Road 2 RBC Sabah & Labuan (Kota Kinabalu) – 30 Mei 2017
iv) Road 2 RBC Sarawak (Kuching) – 1 Jun 2017
v) Road 2 RBC Utara (Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah) – 4 Jun 2017
vi) Road 2 RBC Grand (Hotel Premiera, Kuala Lumpur) – 5 Jun 2017


Cabar diri sendiri.

Disebabkan aku dah terlepas tiga Road 2 RBC sebab'last minute' tahu pasal RBC ni.. Aku cabar diri aku untuk join RBC dengan pergi sesi ujibakat "Road  RBC Utara" kat Alor Setar, Kedah pada 4 Jun 2017 ni. Kalau tak lulus ujibakat kat Alor Setar, aku akan pergi ujibakat esok nya di Kuala Lumpur pulak. Kalau nak pergi Sabah & Sarawak memang tak sempat la kot. Sebab jauh sangat. huhuhu..

Ok, #cabaran10hari misi "Road 2 RBC" kini bermula.

"Alor Setar, In shaa Allah aku datang!"

Bismillah.

Semoga Allah permudahkan.


Muhammad 'Akhashah bin Mazlam

#road2rbc2017
#ceodesa2017
#rbcchallange2017

Comments

Popular posts from this blog

Study Business Model Canvas (BMC)

Perancangan dan Pembangunan Idea