Posts

Showing posts from June, 2017

Tarikh Ujibakat Road2RBC Terbaru

Image
24 Jun 2017. 9.00 am. Tarikh Baru. Baru-baru ni, aku terima whatsapp dari kawan aku, Helmi. Dia forward tarikh terkini untuk ujibakat yang akan diadakan bulan Julai ini. Aku berdebar jugak, takut tarikh akan ada perubahan selepas ni. Tapi, Helmi cakap tarikh ni dah betul. Helmi jugak share Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan Road to RBC 2017 yang akan diadakan di Sumai Hotel, Kuala Terengganu pada 04-06 Julai 2017 ini. Tak Sangka. Coach yang akan bagi talk pada bengkel tersebut adalah pn Zuhrah sendiri, yang aku jumpa hari tu. (Rujuk balik posting pertama aku di blog ni) So, aku pun terus whatsapp no pn Zuhrah dan bagitau berminat nak join bengkel tersebut. Alhamdulillah. Nasib masih ada kekosongan lagi, dan pn Zuhrah masukkan aku dalam group whatsapp. So, sebarang info mengenai bengkel dan RBC dia akan update dalam group tersebut. Dah. Aku nak siap-siap untuk raya pulak. Kalau jadi, insyaAllah esok dah raya dah. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Delivered Order 25 Unit Starter Kit Kolej Teknologi Bestari

Image
19 Jun 2017. 05.30 pm. Alhamdulillah. Kelmarin dulu terima panggilan dari Kolej Teknologi Bestari (KTB), Setiu yang berminat untuk membuat pesanan Starter Kit Bro Laptop sebanyak 25 unit. Hari ni aku buat penghantaran 25 set Starter Kit tersebut di kolej berkenaan. Starter Kit ni dorang order untuk student-student dorang belajar baikpulih komputer dan akan disimpan di Makmal Komputer KTB. Sebelum ni, aku ada pernah berhubung dengan salah seorang pensyarah di institusi tersebut iaitu, en Saiful. Dan dia berminat untuk mendapatkan set Starter Kit ini untuk student-student dia. Aku nampak, market produk ni insyaAllah boleh pergi jauh lagi. InsyaAllah. Sekian. Muhammad 'Akhashah bin Mazlam #road2rbc2017 #ceodesa2017 #rbcchallange2017